fbpx

Mat Yo mohon bantuan tuntut tunggakan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Yo pernah menyarung jersi Melaka United pada tahun 2022. - Foto ihsan Melaka United

BEKAS penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha, memohon ‘campur tangan’ Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan masih belum menerima tunggakan gaji Melaka United yang berlarutan hampir dua tahun.

Menurut Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, isu gaji tersebut sudah terlalu lama dan mengharapkan Tunku Ismail dapat membantu dirinya dan bekas rakan-rakan sepasukan skuad Sang Kancil selesaikan kemelut tersebut.

“@hrhcrownprinceofjohor (Tunku Ismail) Matyo masih menunggu perkhabaran dari Tunku untuk mengadap. Terlalu lama akan masalah Melaka United tidak melunaskan gaji.

“Tunku sebagai Penaung Persatuan Pemain Bolasepak Malaysia (PFAM) harap dapat mendengar dan membantu akan masalah kami.

“Saya juga bekas pemain JDT dan pemain kebangsaan di bawah naungan Tunku harap sangat Tunku dapat membantu,” katanya dalam laman Instagram semalam.

Norshahrul lebih mesra dengan panggilan Matyo beraksi untuk Melaka United selama semusim pada 2022 dengan tunggakan gajin melibatkan pasukan itu difahamkan mencecah hampir enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI