fbpx

Cadangan beras Madani RM30 belum dimuktamadkan – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STOK bekalan beras putih tempatan

PETALING JAYA – Kerajaan belum membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bagi mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan datang.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman Syed Abu Hussin berkait cadangan beliau mengenai Beras Putih Malaysia Madani.

“Buat masa ini belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohamad berkata, sebarang ketetapan yang hendak dibuat mestilah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Terdahulu, Syed Abu Hussin, mencadangkan kerajaan mengeluarkan beras putih tunggal bagi menggantikan kategori beras tempatan dan import dengan harga yang lebih rendah.

Menurutnya, Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 bagi setiap 10 kilogram (kg) mulai 1 Mac depan dilaksanakan demi mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI