fbpx

Pemandu Grab dapat tip RM265

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu Grab mendapat ganjaran wang tunai kerana sikap jujurnya. - Foto Sanook

BANGKOK  –  Kejujuran seorang pemandu Grab  mengembalikan sebuah telefon bimbit milik  penumpangnya menyaksikan dia menerima sejumlah wang tunai sebagai penghargaan, lapor portal berita Thaiger semalam.

Selepas memulangkan telefon bimbit milik pelanggan warga China yang ditinggalkan di dalam keretanya, pemandu itu  terkejut apabila menerima wang tunai berjumlah 2,000 baht (RM265.24).

Ganjaran yang diberikan yang jauh melebihi jangkaannya, lapor portal berita Sanook.

“Saya memandu dari Khlong Sam untuk memulangkan telefon bimbit kepada pelanggan China di Sukhumvit Soi 2. Tidak pernah terfikir bahawa saya akan mendapat ganjaran 2,000 baht,” tulisnya di Kelab Pemandu Grab Thailand, laman Facebook.

Perkongsiannya segera menerima maklum balas netizen di laman sosial tersebut. 

Ramai ahli kelab itu memuji pemandu berkenaan kerana berbuat baik.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI