fbpx

MPK sita dua papan tanda jalan tulisan Tamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MPK mencabut dan menyita papan tanda tulisan Tamil di Jalan Dato Dagang 6, Taman Sentosa, Klang, Selangor, kelmarin.

KLANG – Dua papan tanda tulisan Tamil yang sengaja diletakkan pihak tidak bertanggungjawab di Taman Sentosa di sini sehingga tular telah disita pihak berkuasa, kelmarin.

Sitaan itu dijalankan pasukan khas Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Dato Dagang 6 dan Jalan Dato Yusof Shahbudin 18E bermula kira-kira pukul 9.30 pagi.

Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, pelaksanaan operasi itu hasil maklumat awam mengenai kewujudan papan tanda tidak sah tersebut sejak Rabu lalu.

“Pemeriksaan kemudian mendapati papan tanda tertera tulisan Tamil berada di persimpangan dua jalan berkenaan.

“Anggota kita segera mencabut dan menyitanya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Jarak antara kedua-dua lokasi itu kurang dua kilometer (km).

Shahrul Hazri menegaskan tiada penahanan dilakukan pihaknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974,” katanya.

“Kita menasihati semua pihak agar mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak cuba menimbulkan kemarahan masyarakat setempat,” katanya.

Ini merupakan kejadian kedua berlaku di negeri ini dengan sebelum ini papan tanda bertulisan Cina di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada November, dua tahun lalu.

Rentetan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina berkenaan ditanggalkan dan diganti serta merta dengan papan tanda satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI