HARARE – Seorang lelaki di Zimbabwe bertindak mencuri sebuah teksi untuk menarik perhatian teman wanitanya pada 14 Februari lalu, lapor akhbar New York Post.
Jurucakap polis, Emmanuel Mahoko berkata, suspek yang dikenali sebagai Amos Mabiginye, 40, pada awalnya menyewa sebuah teksi di luar sebuah pusat beli-belah di bandar Gweru.
Pemandu teksi tersebut, Nigel Gombakomba bersetuju dengan permintaan Mibiginye dan membenarkan lelaki itu memandu.
Mabiginye kemudian memberi wang kepada Gombakomba untuk membeli minuman. Sebaik sahaja pemandu teksi itu keluar, Mabiginye terus memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
Gombakomba kemudian meminta bantuan pemandu lain untuk mengejar Mabiginye. Mereka akhirnya berjaya menemui suspek di sebuah stesen minyak.
Suspek kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada polis tempatan. – AGENSI