fbpx

KD, Melly, Once, Giring, Dhani, ‘rempuh’ Pemilu 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHUN ini sekurang-kurangnya, seramai 82 penggiat industri hiburan bertanding sebagai calon ahli parlimen Pemilu 2024.

SAAT artikel ini dilunaskan, susuk gagah bernama Prabowo Subianto tidak rasmi memperoleh kemenangan dalam pilihan raya Presiden (Pilpres) dan Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Pada pilihan raya sehari terbesar di dunia itu, rakyat Indonesia memilih Presiden dan Naib Presiden baharu, parlimen dan penggubal undang-undang. Itu merangkumi 20,000 jawatan pentadbiran di seluruh negara republik berkenaan.

Terdapat kira-kira 200 juta pemilih berdaftar di negara yang memiliki penduduk beragama Islam teramai di dunia tersebut.

Kemeriahan pilihan raya di negara Garuda itu juga dimeriahkan dengan penyertaan anak seni yang membawa panji demokrasi bagi memantapkan sistem politik, ekonomi dan sosial di Indonesia.

Sekurang-kurangnya 82 penggiat industri hiburan bertanding sebagai calon ahli parlimen Pemilu 2024.

AHMAD DHANI

PENGASAS kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani bertanding pada Pemilu 2024 bawah tiket Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerinda) yang dipengerusi Prabowo Subianto.
Sarat kontroversi termasuk penglibatan serta kelantangannya dalam arena politik, Ahmad Dhani mengumumkan sokongan terhadap kempen Prabowo Subianto untuk pilihan raya presiden sedari Pemilu 2014. Dhani dikatakan telah menulis ‘tweet’ bahawa dia akan mencerai-beraikan kemaluannya jika Joko Widodo menang pilihan raya ketika itu yang akhirnya memakan diri apabila Joko diangkat sebagai Presiden Indonesia untuk dua penggal berturut-turut.

KRISDAYANTI

Diva Indonesia, Krisdayanti, 49, merupakan antara artis Indonesia yang didaftarkan sebagai calon anggota legislatif oleh parti politik yang bertanding pada Pemilu 2024 iaitu Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).
Pelantun lagu Mencintaimu itu mencuri tumpuan pada Pemilu apabila turut membuang undi bersama anaknya, Aurel walaupun berbeza fahaman dan pegangan politik,
Menerusi perkongsian dalam akaun Instagramnya, Krisdayanti berkata, biarpun dia dan Aurel berbeza pilihan, namun mereka datang bersama ke acara debat ahli-ahli politik atas nama demokrasi.

MELLY GOESLAW

Terkenal dengan magis muzik yang sentiasa membekas dan gaya fesyen eksentrik, Melly Goeslaw bertanding pada Pemilu 2024 menerusi Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerinda).
Merupakan calon nombor 7, Melly sangat mendokong aspirasi duo politik parti Gerinda iaitu Prabowo dan Gibran.
“Selamat bapak Prabowo dan mas Gibran yang sudah menang dari hasil kiraan cepat Pemilu 2024. Bangga kerana akhirnya penantian dan perjuangan serta kesabaran yang panjang akhirnya membuahkan hasil,” coretnya menerusi Instagram, Khamis lalu.

GIRING

Bekas vokalis Nidji, Giring Ganesha mencuri tumpuan apabila bertanding pada Pemilu 2024 bawah tiket Partai Solidaritas Indonesia (PSI).
Tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, Giring atau nama sebenarnya, Giring Ganesha Djumaryo sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Umum PSI dari 2019 hingga 2023 menggantikan Grace Natalie.
Sejak 25 September 2023, Giring dilantik sebagai anggota dewan pembina PSI dan yang menggantikannya sebagai Ketua Umum ialah Kaesang Pangarep.

ONCE MEKEL

Sepayung dengan Krisdayanti, mantan penyanyi kumpulan Dewa 19, Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Merupakan calon nombor 2 daripada PDIP, Once, 53, juga mengharapkan undian daripada warganegara Indonesia yang berada di Malaysia bagi membantunya memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat apabila menjawat peranan ahli politik.
Pemegang Ijazah Jurusan Undang-Undang dari Universiti Indonesia itu mengakui sudah lama tertarik dengan bidang politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI