fbpx

Lebih 350,000 orang bakal meriahkan Pesta Angin Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mempromosikan PAT 2024 di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Lebih 350,000 orang dijangka memeriahkan Pesta Angin Timur (PAT) yang berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, di sini pada 1 hingga 3 Mac ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, PAT pada tahun lalu mencatatkan kehadiran kira-kira 350,000 orang.

“PAT kali ini menampilkan kelainan menerusi segmen udara melibatkan beberapa aktiviti menarik sebagai nilai tambah bagi memeriahkan pesta tersebut.

“Dalam segmen udara itu, antara acara menarik adalah aktiviti belon udara panas, pertandingan paramotor, ‘motorized hand glider’ dan payung terjun,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Katanya, beberapa acara dan pameran lain seperti Jerami Art Tunnel, catatan sejarah The Malaysia Book of Records pembuatan garam belacan melibatkan 1,000 orang pelbagai kaum di Perlis dan cerapan bintang turut dirancang.

PAT adalah acara tahunan bagi memaparkan keaslian dan keindahan cara hidup masyarakat petani Perlis selain mempromosikan kebudayaan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI