fbpx

Malaysia ketiga di Asia Tenggara paling ramai individu bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia berada pada kedudukan ketiga di Asia Tenggara dengan jumlah individu bujang paling ramai selepas Filipina dan Brunei.

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan SeaAsia Stats, Malaysia mencatatkan individu bujang sebanyak 44.68 peratus

“Individu bujang bermaksud seseorang belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu,” kata SeaAsia Stats menerusi data yang dikongsikan dalam media sosialnya baru-baru ini.

Data dikongsikan SeaAsia Stats menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga paling ramai individu bujang.

Filipina berada pada tempat pertama individu bujang paling ramai iaitu 49 peratus, manakala Brunei pula mencatatkan sebanyak 44.9 peratus.

Negera-negara lain ialah Kemboja (44.60 peratus), Myanmar (29 peratus), Thailand (23 peratus), Indonesia (22 peratus), Singapura (20 peratus), Laos (17 peratus), Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus).

Bermula tahun 1970 hingga 2021, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI