fbpx

Dibunuh angkara hutang RM2,500 dengan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Nyawa tukang masak warga Myanmar melayang angkara hutang berjumlah RM2,500 dalam kejadian di Kepong, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan sebuah hospital swasta pada pukul 4 pagi.

Katanya, berlaku salah faham ketika mangsa yang berusia 24 tahun bersama empat rakannya sedang meminum arak di kawasan gelanggang bola keranjang.

“Salah seorang suspek menikam mangsa di bahagian leher dengan menggunakan serpihan botol arak.

“Kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa yang bekerja di Banting, Selangor berhutang dengan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera parah kemudian dikejarkan ke hospital oleh rakan yang lain sebelum suspek menghilangkan diri.

Jelas Ahmad Sukarno, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan dua serbuan pada pukul 11 pagi hari sama di Bandar Manjalara dan Cheras.

“Empat lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20-an berjaya diberkas. Pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI