fbpx

Anwar sifatkan individu cuai, khianat urus zakat sebagai orang kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ucaptama Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan individu yang cuba mengkhianati dan bersikap cuai dalam menguruskan institusi zakat di negara ini sehingga gagal membasmikan kemiskinan rakyat adalah sangat kejam.

Beliau berkata, institusi zakat bukan sahaja penting dalam membina kekuatan dan pendapatan negara malah turut dikaitkan dengan kemiskinan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menerima kenyataan masih terdapat kelompok miskin tegar di negara ini meskipun institusi berkenaan telah mengumpul jumlah dana zakat yang besar.

“Sebab itu kejam sekali bagi orang yang mengurus zakat namun cuai dan khianat kerana institusi ini terlalu penting dalam membina kekuatan.

“Saya aneh, negara kaya macam mana pun, kutipan zakat berbilion tak mungkin berhasil menyelenggara dan menyelesaikan sebahagian besar masalah kalau tidak diurus dengan baik.

“Pengurusan baik itu disebut tatakelola. Sebab itu, ada kaitan dengan institusi zakat yang harus diurus dengan baik. Maknanya, prinsip tatakelola itu ialah setiap sen yang digunakan wang yang dikutip atas nama zakat itu mesti dipertanggungjawabkan,” katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berharap agar masalah kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat dapat diselesaikan menerusi pengurusan zakat yang bijak.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri memaklumkan usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah pun mencapai status 100 peratus.

Beliau berkata, usaha mengeluarkan golongan miskin tegar daripada garisan kemiskinan tidak hanya membabitkan kaum majoriti Melayu sebaliknya merangkumi etnik lain seperti India dan Cina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI