fbpx

Lelaki ‘mati’ hidup semula didakwa dirasuk entiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warga emas 'dirawat' oleh dukun paranormal selepas hidup kembali di Thailand semalam. - Foto KhaoSod

BANGKOK  –  Seorang warga emas lelaki berusia 60 tahun hidup semula sejam selepas dia diisytiharkan meninggal dunia dalam kejadian pelik di Thailand, lapor porta berita Thaiger semalam.

Keluarganya terkejut melihat kelakuan lelaki  dikenali sebagai Charnchai itu yang kembali bernyawa. Selepas sedar, Charnchai enggan menjamah makanan dan mengaku melihat cahaya misteri di dalam rumah mereka.

Apa yang lebih ganjil lagi ialah warga emas itu akan menangis tanpa dapat dikawalnya dan  menyanyi bersendirian. Charnchai juga pergi ke bilik air tanpa dibantu walaupun sebelum ini dia tidak boleh berjalan.

Lelaki itu mengambil begitu banyak minuman keras setiap hari tanpa menunjukkan sebarang tanda dia mabuk.

Semua peristiwa itu menambah kebimbangan keluarganya, malah mereka percaya entiti ghaib telah merasuki badan Charnchai.

Situasi pelik itu mendorong mereka menghubungi  dukun terkenal di Thailand, Mor Pla bagi membantu menjelaskan kejadian  ganjil tersebut.

Sebuah kumpulan dianggotai dukun itu  tiba di rumah Charnchai pukul 9 pagi (waktu tempatan) bagi menyiasat dan menentukan sama ada entiti ghaib telah meresap ke dalam tubuhnya.

Apabila menghampiri rumah warga emas itu, Mor Pla mengalami pening dan muntah yang ditafsirkannya sebagai kehadiran makhluk ghaib.

Dukun itu turut mendapatkan bantuan seorang wanita tempatan berusia antara 20 hingga  30 tahun untuk berkomunikasi dengan entiti ghaib itu sebelum mengesahkan kehadirannya.

Mor kemudian menyimpulkan bahawa entiti itu tidak akan kekal lama di dalam tubuh Charnchai yang akan hidup selama empat hari lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI