fbpx

30 laporan polis Pemuda Amanah terhadap Dd Chronicle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danial (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Lebih 30 laporan polis dibuat Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) terhadap pempengaruh media sosial, Dd Chronicle yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Timbalan Ketua Pemudanya, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, kesemua laporan ke atas Dediy Sulaeman Ra’e, 43, itu dibuat kepimpinan dan ahli parti di seluruh negara hari ini.

Jelasnya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu, tindakan berkenaan dianggap mempersendakan enakmen hukuman Makhamah Syariah yang seolah-olah terbatal biarpun ia masih termaktub di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

“Beliau menggunakan contoh kes arak, judi dan liwat telah terbatal dan rakyat Malaysia boleh membuat perkara itu tanpa mendapat sebarang hukuman.

“Ini jelas mengelirukan, memesongkan fakta dan berniat mempersendakan proses penghakiman yang dilakukan oleh badan perundangan negara,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, petang ini.

Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI