fbpx

Krisis di Perak tidak jejas PN Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabudin (kiri) pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan di bawah Program Khas Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (Pembangunan Ekonomi) kepada 18 peniaga di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Pergolakan politik membabitkan jawatan Menteri Besar di Perak tidak menjejaskan hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Datuk Shabudin Yahaya berkata, kesemua parti komponen PN masih mendokong dasar dan polisi kerajaan yang sama meskipun wujud situasi ‘terasa hati’ beberapa pihak di dalam PN ekoran krisis itu.

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut melahirkan keyakinan situasi politik di Perak akan kembali tenang dan normal dalam tempoh seminggu dua lagi.

“Saya tidak melihat berlakunya pertelagahan antara PN dan BN ekoran apa yang berlaku di Perak dan masing-masing masih menghayati landasan kerjasama yang ada serta mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.

“Saya juga yakin apa yang berlaku akan dapat diselesaikan apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membuat keputusan nanti dan keadaan akan kembali normal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian bantuan di bawah Program Khas Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (Pembangunan Ekonomi) kepada 18 peniaga Komplek Mutiara Selera, Tanjung Bungah di sini yang musnah dalam kebakaran 7 November lalu.

Shabudin yang juga yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengulas mengenai krisis politik di Perak selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal mendapat undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk dalam kalangan ADUN UMNO semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI