fbpx

MHL 2024 ‘makanan’ buat Azrai Aizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRAI (tengah) berjaya meledak lima gol ketika melanyak Liaoning 13-1 di Stadium Hoki Nasional kelmarin. – MHC

PENCABAR takhta Liga Hoki Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hoki Liaoning 13-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Penyerang TNB, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjadi pemain pa­ling menyerlah pada perlawanan itu apabila menjaringkan lima gol, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan.

Meskipun skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu belum menerajui takhta liga, namun Azrai percaya mereka masih memiliki peluang untuk muncul juara selain menganggap jumlah jaringan juga mampu menjadi penentu kejuaraan musim ini.

“Bagi saya, prestasi pasukan hari ini (kelmarin) adalah yang terbaik kerana kami mula ­dapat keserasian antara satu sama lain, bermula dari bahagian ­pertahanan sehingga ke jentera serangan.

“Penyerang juga mampu ­jaringkan gol yang banyak dan bagi saya, ia mampu jadi penentu dalam perebutan liga. Sekiranya kutipan mata pasukan-pa­sukan teratas sama, maka jumlah ja­ringan akan dikira,” ­katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada saingan musim ini, TNB dianggap antara pilihan utama, namun perlu berdepan cabaran sukar daripada Maybank serta juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Dalam pada itu, Azrai menjelaskan, impian mereka untuk bergelar juara belum berkubur selain mengharapkan pertemuan antara Maybank dan THT pada 27 Februari ini berakhir dengan keputusan seri.

“Memang kita perlu harapkan mereka seri nanti bagi membuka peluang TNB untuk menjadi juara. Sekiranya salah satu pasukan menang dalam perlawanan itu, maka mereka ada kelebihan bergelar juara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI