fbpx

5 ditahan disyaki jalankan kegiatan judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barang rampasan oleh polis dalam satu serbuan perjudian online semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan lima orang warganegara China dalam satu serbuan perjudian online di sebuah Apartmen Riverville Residensi, Jalan Sri Sentosa Off Jalan Klang Lama, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur semalam.

Bertindak atas maklumat risikan dan laporan, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas kediaman tersebut pada pukul 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan itu polis menahan tiga lelaki dan wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 17 hingga 43 tahun disyaki sedang menjalankan kegiatan perjudian online.

“Setelah analisa oleh pakar judi bersama pegawai dan anggota Forensik Bukit Aman mendapati komputer yang digunakan terdapat unsur-unsur yang boleh disyaki berkaitan perjudian online.

“Polis juga merampas komputer riba (8), komputer (1), telefon bimbit pelbagai jenama (42), Unit D-Link (1), Router (1), Unifi (1), Enternal Transfer (18), Unit Tetikus (9) dan kabel pengecas (7),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI