fbpx

Pesawat terhempas: Penghormatan akhir mendiang Daniel Yee di Nirvana Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di luar pekarangan Krematorium Nirvana Shah Alam itu.-FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

SHAH ALAM – Jasad juruterbang pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar menjalani upacara penghormatan terakhir di Krematorium Nirvana Shah Alam di sini, hari ini.

Difahamkan, jasad mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dibawa ke krematorium itu bagi upacara pembakaran.

Lebih 50 ahli keluarga dan kenalan mendiang turut menghadiri upacara itu, kira-kira pukul 1 petang ini.

Suasana pilu menyelubungi krematorium itu dan usaha menemubual keluarga mendiang gagal kerana masih bersedih dengan tragedi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan mengenai urusan pengebumian di krematorium tersebut.

Semalam, mayat Daniel Yee dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira pukul 6.05 petang.

Proses bedah siasat mendapati punca kematian dua mangsa termasuk pembantu juruterbang, mendiang Roshaan Singh Raina, 43, akibat pelbagai kecederaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI