fbpx

Jurutera minta suap beli meja snuker, ping pong direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurutera (tengah) diiringi penguat kuasa SPRM Pulau Pinang ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang jurutera direman selama lima hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah RM13,000 daripada kontraktor untuk pembelian meja snuker dan ping pong, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas meneliti permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret George Town dalam keadaan kedua-dua tangan bergari, pada pukul 8.47 pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan selepas diminta hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, kira-kira pukul 5 petang semalam

“Suspek disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM13,000 daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan.

“Dia dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada pertengahan tahun 2022 dan telah menggunakan wang itu untuk membeli sebuah meja snuker dan meja ping pong yang ditempatkan di pejabatnya,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Mohd. Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI