fbpx

Tembak PGA: 5 lagi suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima suspek direman bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.

KANGAR – Suspek berhubung siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)  di sempadan Malaysia-Thailand terus diburu dengan lima lagi lelaki tempatan direman selama lima hari.

Penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan yang dibuat berkaitan kes tersebut seramai 46 individu termasuk empat warga Thailand.

Polis hari ini memohon reman selama tujuh hari terhadap kelima-lima suspek yang berumur antara 30 hingga 65 tahun.

Bagaimanapun, Majistret, Kamaliza Md. Zain hanya membenarkan mereka direman selama lima hari bermula hari ini semasa perintah tersebut dibuat di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar pada pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dua tangkapan telah dibuat di Padang Besar dekat sini manakala selebihnya dilakukan di Kuala Perlis, Kuala Sanglang dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Mereka yang ditahan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI