fbpx

Tiga anggota trafik minta RM100 ditahan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial sebelum ini.

IPOH – Tiga anggota polis trafik yang disyaki terlibat dalam kes menawarkan penyelesaian bayaran saman RM100 kepada pempengaruh media sosial dari United Kingdom (UK) telah ditahan kerja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan ditahan kerja sehingga siasatan kes tersebut selesai.

“Kertas siasatan kes itu juga telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk kajian dan terserah kepada pihak terbabit untuk tuduh atau tidak.

“Buat masa sekarang, kesemua anggota tersebut sudah ditahan kerja,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM 2024 di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Pada 30 Januari lalu, tiga anggota trafik berusia 37 hingga 42 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas Majistret Siti Nora Sharif menolak permohonan sambung reman ke atas kesemua suspek.

Tangkapan terhadap kesemua suspek dibuat berikutan tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe’ yang memaparkan pasangan pelancong dari UK dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60KM.

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI