fbpx

Operator kilang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer lima, Jalan Kampung Batu - Inas (Bukit Miku), dekat sini, malam tadi.

REMBAU – Seorang operator kilang maut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer lima, Jalan Kampung Batu – Inas (Bukit Miku), dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Mohamad Nur Taufik Mohd. Azmi, 25, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Kriss Modenas yang ditunggangi mangsa dan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Triton.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari Kampung Batu menghala ke Inas. Semasa sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar tiang batu Maxis yang jatuh melintang atas laluan lalu hilang kawalan dan tercampak lalu dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang tercampak dan dilanggar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya, dekat sini, tadi.

Anuar berkata, pemandu dan penumpang dalam sebuah lagi kenderaan iaitu lelaki berusia awal lingkungan 30an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan hari ini pada pukul 10 pagi dan siasatan lanjut bagi kes berkenaan masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI