fbpx

Pintu belakang pesawat tercabut di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pesawat Diamond DA40VH. - Foto aeropedia

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah pesawat ringan berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang di Buffalo, New York selepas salah satu pintunya tercabut kelmarin, lapor laman berita NBC News.

Pesawat Diamond DA40 dengan enjin tunggal itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan). 

“Ia mendarat selepas juruterbang melaporkan kehilangan pintu belakang penumpang di sebelah kiri,” kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan. 

Ketika kejadian, dua individu menaiki pesawat itu.

Pesawat persendirian tersebut kehilangan pintu ketika ia terbang di ruang udara Cheektowaga, pinggir bandar Buffalo, beberapa kilometer dari lapangan terbang tersebut, demikian menurut polis.

Rakaman audio menunjukkan juruterbang memberitahu pengawal trafik udara dengan berkata: “Kami menghadapi kecemasan, kami sedang kembali (ke lapangan terbang).”

Apabila diminta untuk mengesahkan keadaan kecemasan itu, juruterbang tersebut menjawab: “Kami kehilangan pintu belakang.”

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan, namun polis sedang melakukan pencarian di lokasi yang didakwa sebagai tempat pintu itu hilang.

Dalam masa sama, FAA sedang menyiasat kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI