fbpx

Tom Cruise bercinta dengan anak ahli politik Rusia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tom Cruise dikatakan bercinta dengan anak ahli politik berpengaruh Rusia, Elsina Khayrova.

MELEDAK dalam media sosial apabila bintang Hollywood, Tom Cruise dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan sosialis yang juga anak kepada seorang ahli politik Rusia, Elsina Khayrova.

Menurut laporan Daily Mail yang mendapat sumber daripada orang terdekat pasangan tersebut, mereka dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan pertama kali dilihat meluangkan masa bersama pada Disember lalu.

“Orang yang rapat sekeliling Elsina sudah lama mengetahui bahawa dia dan Tom kini sudah menjadi lebih daripada sebatas kawan rapat.

“Hubungan mereka semakin serius dan sangat rapat sejak beberapa minggu lalu tetapi memilih untuk berhati-hati malah mengelak bergambar bersama kerana mahu mengekalkan privasi mereka,” kata sumber tersebut kepada Daily Mail.

Dedah sumber itu lagi, pelakon filem Top Gun itu pernah bermalam di rumah Eksina dan dilihat kerap meluangkan masa bersama-sama bahkan, bermesra seperti pasangan suami isteri.

”Mereka sangat serasi bersama, seperti saling melengkapi antara satu sama lain meskipun khalayak mengetahui bahawa Elsina mempunyai latar belakang keluarga yang sangat kaya-raya.

“Walaupun berharta mereka melakukan banyak perkara yang dilakukan oleh pasangan biasa, bukanlah perlu sentiasa melakukan perkara yang memerlukan penglibatan duit yang banyak,” jelas sumber itu.

Sebelum ini, meledak dalam media sosial apabila pasangan itu baru-baru ini dilihat bersama pada majlis makan malam amal yang menyokong Badan Amal Ambulans Udara London yang dihadiri Putera William sebagai tetamu kehormat.

Kedua-duanya dilihat makan dan meluangkan masa di beberapa restoran paling eksklusif di London selain bersiar-siar di kawasan elit, Hyde Park.

Khayrova, 36, merupakan seorang model dan sosialis yang juga anak kepada seorang ahli politik Rusia.

Wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan dan kisah perceraian mereka juga menjadi tumpuan ramai susulan kes melibatkan harta sepencarian.

Cruise, 61, pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Shakira dan Hayley Atwell.

Pelakon filem Mission: Impossible ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Katie Holmes pada 2006 namun berpisah pada 2012.

Sebelum itu, Cruise berkahwin dengan pelakon Nicole Kidman pada 1990 dan berpisah dua tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI