fbpx

Sorok 150,000 pil kuda dalam kotak buah, sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Taktik tiga pengedar menyembunyikan 150,000 biji pil kuda dalam kotak bersama buah-buahan dan sayur tidak menjadi apabila mereka dicekup di pekarangan bangunan jualan borong, Batu 4, Jalan Pasir Mas-Salor, di sini Ahad lalu.

Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu turut membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM14,380.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya memberkas suspek pertama berusia 23 tahun sewaktu mengeluarkan dua kotak dari tempat duduk penumpang sebuah lori sebelum diletakkan di atas troli.

“Pemeriksaan ke atas kotak buah-buahan dan sayur itu menjumpai 150,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM995,500.

“Pemeriksaan lanjut di dalam lori tidak menemukan sebarang barangan yang menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif benzo dengan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan kes ketum.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 11 Februari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI