fbpx

PDRM terima lebih 35,000 permohonan jawatan inspektor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 35,000 permohonan bagi mengisi jawatan inspektor.

Menurut beliau, walaupun terpalit dengan isu pelanggaran disiplin membabitkan anggota PDRM, namun minat orang awam terhadap pasukan keselamatan tersebut masih tinggi.

“Saya hendak sebut di sini, pengambilan terbaharu sekarang untuk jawatan inspektor hampir 35,000 hingga 40,000 pemohonan, yang kita nak ambil itu sangat kecil bilangannya.Saya  tidak ingat (jumlah).

“Dari satu sisi kita kata bahawa cerita tentang pelanggaran disiplin dan segala macam mengenai polis, tapi bila perjawatan itu wujud, permohonannya terlalu besar.

“Ini menunjukkan bahawa minat terhadap pasukan polis masih tinggi, kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini penting.

“Lainlah kalau kekosongan itu 3,000, tapi yang mohon 500, (itu) kami bermasalah, namun ianya tidak berlaku. Ini adalah fakta yang jarang dikongsi,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI