BANGKOK – Pihak berkuasa memburu pemilik sebuah kafe di Thailand kerana menggunakan anak singa sebagai tarikan utama pelanggan untuk datang ke premis tersebut, lapor laman berita Thaiger.
The Glass House Cafe and Space yang terletak di utara bandar Phuket, membenarkan pengunjung untuk bergambar bersama anak singa tersebut.
Menurut rakan pemilik kafe berkenaan yang dikenali sebagai Khai, haiwan itu dibawa dari Bangkok ke Phuket.
Ia dipamerkan selama dua hingga tiga jam setiap hari dan dibawa pulang ke bandar Chalong pada setiap malam oleh pemiliknya yang identitinya masih tidak diketahui.
Pemilik kafe itu dilaporkan berada di Krabi dan dijangka pulang ke Phuket tidak lama lagi. Siasatan kes itu masih dijalankan. – AGENSI