fbpx

Kebakaran Flat Sri Sabah: Tiada unsur jenayah dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang di blok 70 Tingkat 17 memusnahkan lima unit rumah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Majid berkata, siasatan kebakaran berkenaan diteruskan oleh pasukan bomba.

KUALA LUMPUR – Tiada unsur-unsur jenayah dikesan setakat ini dalam kebakaran membabitkan lima unit rumah di Block 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Majid berkata, siasatan kebakaran berkenaan diteruskan oleh pasukan bomba.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa ketika kejadian sempat melarikan diri dari kebakaran yang berlaku,” katanya ringkas kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17 blok terbabit.

Punca kebakaran itu dikenal pasti hasil siasatan oleh bahagian forensik JBPM Kuala Lumpur.

JBPM telah kenal pasti punca kebakaran bermula di unit nombor 3. Difahamkan semasa kebakaran unit tersebut tertutup (pintu).

Makluman awal seperti yang dikongsikan oleh orang awam berkenaan punca kebakaran disebabkan oleh bunga api adalah tidak benar. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI