fbpx

[VIDEO] Pesawat Terhempas: Pesawat tiada langsung Kotak Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) memeriksa serpihan sayap pesawat yang dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar.

KLANG – Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda di sini didapati tidak mempunyai Kotak Hitam.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai agensi dibawah Kementerian Pengangkutan dengan pesawat juga ‘kosong’ tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).

Katanya, situasi tersebut menyulitkan proses siasatan yang dijangka mengambil masa selama setahun.

“Ini membuatkan siasatan tidak ubah seperti teka-teki dengan cantuman terhadap semua serpihan akan dilakukan bagi proses siasatan itu.

“Justeru, semua serpihan pesawat itu akan dibawa ke sebuah hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Insya-Allah sebelum maghrib,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan pesawat tersebut didaftarkan pada tahun 2017 dengan buatan Itali.

Menurut pegawai itu, berdasarkan keterangan daripada salah seorang saksi memaklumkan melihat sayap pesawat tersebut patah di udara sebelum terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda, semalam.

Ujarnya, susulan siasatan akan menjurus kepadanya selain pada enjin pesawat.

“Setakat ini, sukar untuk mengenalpasti punca awal pesawat itu terhempas, namun kita akan lihat pada sayap termasuk hentakan yang berlaku selain enjin pesawat.

“Kita akan kaji segala kemungkinan punca kejadian ini. Orang ramai juga diharap membantu dalam menyerahkan mana-mana serpihan kecil pesawat sekiranya menemuinya,” tegasnya.

Ketika ditanya sama ada dibenarkan pesawat tanpa sebarang alat komunikasi untuk terbang, pegawai tersebut menyatakan perkara itu perlu dirujuk kepada kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Yang itu, anda kena tanya kepada CAAM,” jelasnya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati sebuah serpihan termasuk roda dan bahagian minyak telah dibawa keluar dari lokasi rumah penduduk serta dihimpunkan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI