KLANG – Siasatan berhubung nahas pesawat sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar dimulakan pagi ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat empat lokasi serpihan pesawat tersebut di sekitar kampung tersebut.
Dua daripadanya daripadanya adalah Jalan Setia Jaya dan satu di Jalan Pusaka. Kedua lokasi ini menempatkan serpihan sayap pesawat tersebut termasuk roda selain kerangka badan utama di Jalan Benteng Kanan.
Dalam pada itu, pemerhatian turut mendapati anggota Biro Siasatan Kemalangan Trafik Udara (BSKU) hadir kira-kira pukul 9.15 pagi dalam melakukan pemeriksaan di salah satu kawasan serpihan tersebut. -KOSMO!ONLINE