fbpx

Pesawat Terhempas: Waris mangsa tiba di HTAR Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat ahli keluarga Daniel Yee dibawa masuk ke dalam Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, hari ini. -Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Ahli keluarga mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi ini.

Waris mangsa mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42, masing-masing tiba di hospital pukul 8.06 pagi dan 8.20 pagi.

Difahamkan, empat waris mendiang Daniel Yee telah dibawa masuk ke Jabatan Forensik HTAR kira-kira pukul 8.40 pagi oleh seorang Pegawai Perhubungan awam hospital berkenaan.

Manakala waris kepada Roshaan Singh dilihat belum lagi masuk ke jabatan tersebut.

Beberapa anggota polis pula dilihat memasuki Jabatan Forensik pukul 8.33 pagi membawa beberapa bungkusan plastik.

Kosmo! semalam melaporkan kedua-dua mayat tersebut terbenam pada kedalaman kira-kira dua meter dalam tanah di kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI