fbpx

Proses mengundi di Indonesia bermula seawal 7 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu di sebuah pusat mengundi di Banjar Teba, Bali hari ini. - AFP

JAKARTA – Sesi mengundi dalam pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024) yang berlangsung secara serentak dengan pilihan raya Presiden (Pilpres 2024) bermula pagi ini. 

Hampir 205 juta rakyat Indonesia layak mengundi, manakala lebih 800,000 pusat mengundi telah disediakan di seluruh negara.

Penduduk mula hadir ke pusat-pusat mengundi di wilayah paling timur, Papua sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Pada pilihan raya kali ini, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto menentang dua bekas gabenor Indonesia untuk memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

“Saya akan mengundi calon yang terbaik untuk membangunkan Papua,” kata Danton, yang merupakan pelajar berusia 19 tahun di wilayah yang menghadapi pemberontakan puak pemisah sejak beberapa dekad lalu.

Prabowo memerlukan lebih 50 peratus undi keseluruhan dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di lebih separuh wilayah di negara itu untuk menyandang jawatan presiden. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI