fbpx

42 ditahan susulan pergaduhan di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan kejadian pergaduhan di sebuah pusat beli belah di ibu negara petang tadi.

PETALING JAYA – Seramai 42 individu ditahan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu negara petang tadi.

Difahamkan, kekecohan tercetus susulan salah faham di antara peniaga komputer yang menjalankan perniagaan di pusat beli-belah tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Balai Polis Tun H. S. Lee telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian pergaduhan di lokasi tersebut kira-kira pukul 7 petang.

“Susulan laporan yang diterima, sepasukan polis daripada Unit Rondaan Bermotorsikal, Unit Kereta Peronda dan Ketua Balai Polis telah pergi ke lokasi dan menahan seramai 42 individu berusia 20 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara peniaga komputer di situ yang berebutkan pelanggan dan tidak melibatkan pergaduhan antara kaum,” katanya.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan maklumat lanjut berhubung kejadian akan menyusul kemudian.

Terdahulu, beberapa video memaparkan kejadian pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu negara tular di laman media sosial yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI