fbpx

Pemilik rumah terkejut dicaj RM12,715 pulihkan bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemilik rumah dikenakan caj RM12,715 untuk membaiki peranti suis mekanikal di rumahnya di Singapura. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang pemilik rumah terkejut dikenakan caj sebanyak SG$3,590 (RM12,715) oleh seorang juruelektrik bagi membaiki peranti suis mekanikal pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, lapor laman berita The New Paper hari ini.  

Lelaki dikenali sebagai Andy itu mengemukakan soalan di laman sembang Facebook, ‘Home DIY’ Singapura bagi mendapat jawapan, sama ada harga yang dikenakan pada waktu malam itu adalah normal.

Menurut Andy, dia menggunakan khidmat juruelektrik tersebut selepas mencari maklumat di enjin carian Google setelah gagal memulihkan kembali bekalan tenaga elektrik di rumahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Andy berkata di Facebook pada keesokan harinya: “Tiada resit atau invois tetapi dia (juruelektrik) membuat perincian harga untuk saya selepas saya memintanya.”

Butiran harga itu adalah termasuk panggilan pada waktu malam dan penyelesaian masalahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI