LIPIS – Mentaliti kelas ketiga. Itu jolokan yang sesuai ditujukan kepada sikap buruk pengguna jalan raya yang sering membuang sampah di bahu jalan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Padang Tengku, Lipis ke Gua Musang, Kelantan. Lebih menyedihkan lagi ‘pemandangan’ sampah sarap bertaburan di atas jalan raya akan berulang apabila tiba musim perayaan dan cuti sekolah. Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati kawasan tepi jalan yang dipercayai menjadi lokasi kenderaan berhenti dipenuhi sampah sarap seperti plastik, botol air dan bekas air. Seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya