fbpx

Pesawat terhempas: Tiada panggilan kecemasan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kapar, Klang, hari ini.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, tiada panggilan kecemasan diterima berkaitan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kapar, Klang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, susulan kejadian, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya tadi.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ni.

Pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.56 tengah hari tadi sebelum menggerakkan dua jentera serta empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kapar ke lokasi kejadian.

Menurut beliau kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI