fbpx

Pesawat terhempas: Nasib juruterbang, penumpang belum dipastikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kapar, Klang, hari ini.

PUTRAJAYA – Keadaan dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kapar, Klang, hari ini masih belum dapat dipastikan ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas di Kapar, Selangor, hari ini.

Beliau memaklumkan, pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pukul 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

“Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut, namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” jelasnya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar.

Pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.56 tengah hari tadi, sebelum menggerakkan dua jentera serta empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kapar ke lokasi kejadian.

Menurut beliau kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI