fbpx

Flat Sri Sabah: Mangsa terima bantuan RM7,300, rumah transit Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha menyerahkan sumbangan wang tunai kepada salah seorang mangsa yang terjejas dalam kebakaran di Flat Sri Sabah, Cheras hari ini.

PETALING JAYA – Lima keluarga yang terjejas dalam kebakaran di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur akan diberikan rumah transit secara sementara bermula 15 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kesemua 16 mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akan berpindah ke Flat Sri Johor, Cheras.

“Kita benarkan duduk di rumah transit itu selama enam bulan bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri, manakala bagi yang menyewa mereka dibenarkan menduduki rumah transit itu selama tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook selepas menyantuni mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Cheras hari ini

Sementara itu, Zaliha berkata, sebanyak RM7,300 sumbangan wang tunai turut diserahkan kepada setiap keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Saya telah serahkan sumbangan RM5,000 dari Jabatan Wilayah Persekutuan manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak masing-masing RM1,000 serta RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam kelmarin, kebakaran itu memusnahkan lima buah rumah di tingkat 17 blok 70 flat terbabit yang didiami 16 mangsa daripada lima keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI