fbpx

Masalah pendawaian dipercayai punca kebakaran Flat Sri Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kebakaran yang berlaku di Tingkat 17 Flat Sri Sabah, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Masalah pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran yang memusnahkan lima unit kediaman di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, kebakaran tersebut bermula di rumah unit 3 sebelum merebak ke empat unit yang lain.

“Dakwaan awal kata bunga api menjadi punca kebakaran adalah tidak benar sama sekali. Siasatan unit forensik mendapati, kebakaran dipercayai tertumpu pada kotak distribution board (DB).

“Kita kenal pasti bahawa kebakaran bermula di unit nombor 3 dan hasil siasatan semasa kebakaran unit tersebut ditutup pintu depan dan belakangnya,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Mengulas mengenai dakwaan pili bomba tidak dapat digunakan, Muhammad Salleh berkata, sebaliknya hanya alat bantu mula yang tidak berfungsi.

“Ia tidak melibatkan pili bomba cuma hanya alat bantu mula yang tidak boleh digunakan. Pili bomba semua berfungsi cuma dari segi tekanan rendah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI