fbpx

Sembilan ditahan terlibat judi sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Tawau menahan sembilan individu selepas disyaki terbabit aktiviti pertaruhan sabung ayam dalam ‘Operasi Limau’ di kawasan Batu 5, Jalan Apas, Sabtu lalu. -Foto: IHSAN POLIS

TAWAU – Sembilan individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pertaruhan sabung ayam dalam ‘Operasi Limau’ di kawasan Batu 5, Jalan Apas pada Sabtu.

Serbuan yang dibuat berdasarkan maklumat dan risikan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, seramai tiga lelaki dan seorang wanita tempatan serta empat lelaki warga asing ditahan bersama seorang wanita pemegang kad pengenalan MyKas.

“Semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,200 dipercayai untuk kegiatan judi serta enam ekor ayam jantan.

“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI