fbpx

Operasi buru tahanan lolos tumpu rumah kongsi, ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota RELA melakukan rondaan mengesan tahanan yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di Kg. Sg. Kenoh, Tapah semalam. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

TAPAH – Operasi memburu 30 tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis, 1 Februari lalu kini lebih tertumpu di rumah kongsi dan ladang sawit skala besar sekitar Bidor dan Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, polis dan imigresen kini menumpukan rumah kongsi yang warga asing menetap di situ.

“Selain itu, ladang-ladang sawit yang majoriti pekerjanya ialah warga asing yang ada kemungkinan mereka melindungi tahan yang lolos itu.

“Namun, setakat hari ini tiada tangkapan terbaru dengan jumlah tangkapan masih kekal 99 tahanan selain 30 masih diburu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah keseluruhan tahanan yang lolos ialah 131 tahanan dengan dua tahanan mati kerana kemalangan jalan raya.

Operasi mengesan tahanan lolos depot yang masih bebas itu telah memasuki hari ke-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI