KUALA LUMPUR – Dua ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Jim dan Woody dibawa ke Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, pagi tadi.
Kedua-dua ekor anjing berkenaan dilihat tiba bersama anggota bomba di lokasi kebakaran kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Menurut JBPM, Jim dan Woody adalah baka English Spanial yang memiliki pengalaman 13 tahun dalam operasi pengesanan mencari bahan bakar yang disengajakan.
Jim dan Woody dibawa ke tingkat 17 blok terbabit yang mana telah melibatkan lima unit rumah hangus terbakar.
Semalam Kosmo! melaporkan JBPM menerima laporan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 9.19 malam.
Kegagalan sistem pemadaman di tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras menyebabkan kesukaran pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memadamkan kebakaran dengan lebih awal.
Pengarah Operasi JBPM Nordin Pauzi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan pam air untuk diletakkan di tingkat 16 sebelum memadamkan kebakaran itu. -KOSMO! ONLINE.