fbpx

Kebakaran flat Sri Sabah, kerja pembersihan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kebakaran yang berlaku di Tingkat 17 Flat Sri Sabah, semalam.

KUALA LUMPUR – Pihak Badan Pengurusan Bersama Flat (JMB) selesai melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kebakaran di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, kesemua mangsa yang membabitkan lima buah rumah di tingkat 17 kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras, di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil masa lima jam untuk memadam kebakaran semalam, yang berakhir pada pukul 2 pagi tadi.

Balai yang terlibat adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak.

Sehubungan itu, lima buah rumah dengan keluasan 800 kaki persegi terbakar sebanyak 85 hingga 97 peratus.

Menurut laporan awal, kegagalan sistem pemadaman di lokasi menyebabkan kesukaran bagi pihak bomba dalam memadamkan kebakaran dengan lebih awal. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI