fbpx

Warga emas lumpuh rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kedai runcit dua tingkat di Kampung Baru, Ayer Tawar malam tadi dan awal pagi ini. - Foto IHSAN JBPM

LUMUT – Seorang lelaki warga emas yang lumpuh ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Kampung Baru Ayer Tawar, dekat sini malam tadi.

Mangsa, Loo Leng Wion, 90, ditemui berhampiran pintu di tingkat atas rumah kedai tersebut, dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.41 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba diketuai Ketua BBP Ayer Tawar, Mohd. Zaki Mokhtarmin tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian dan mendapati sebuah kedai runcit dua tingkat sedang marak terbakar,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, premis tersebut terbakar sebanyak 70 peratus dan kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 12 tengah malam.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut di premis tersebut kemudian menemui mangsa pada pukul 3.35 pagi dalam keadaan sudah rentung.

Beliau memberitahu, seramai 61 anggota terlibat dalam operasi pemadaman premis tersebut yang turut dibantu anggota dari tujuh BBP berhampiran.

Katanya, setakat pukul 7.30 pagi ini, operasi pemadaman masih dijalankan bagi memastikan api dapat dipadam sepenuhnya dan tidak merebak ke premis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI