fbpx

Ahmad Zahid lawat keluarga ibu angkat sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika mengadakan kunjungan ke rumah mendiang ibu angkatnya di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap memberi penghormatan kepada keluarga ibu angkatnya, Cheah Seoh Lian walaupun mendiang telah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sempat meluangkan masa kira-kira sejam menziarahi keluarga ibu angkatnya itu di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini petang tadi.

“Setiap tahun tanpa gagal saya akan datang ke rumah ‘Bujang’ (anak mendiang, Seoh Liam, Beh Song Wan, 61.

“Esok genap setahun, ibu beliau meninggal dunia,” katanya kepada media semasa kunjungan kasih Tahun Baharu Cina di kediaman mendiang ibu angkatnya itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid disambut dengan persembahan tarian singa selain beliau turut sama-sama menggaul yee sang yang diperbuat daripada pecal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI