fbpx

Flydubai mula tawar penerbangan terus dari Dubai ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Flydubai diberi sambutan tradisi dengan semburan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kelmarin.

 

GEORGE TOWN – Penerbangan sulung Flydubai dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang selamat mendarat pukul 3.03 petang kelmarin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang  telah diberikan sambutan tradisi dengan semburan air ke atas pesawat tersebut.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, permulaan laluan Dubai-Pulau Pinang menerusi khidmat syarikat Flydubai menyediakan satu lagi pilihan kepada pelancong dari luar negara untuk melancong ke negeri ini.

”Kami mengalu-alukan ketibaan penerbangan sulung Flydubai ke Pulau Pinang pada hari pertama Tahun Baharu Cina semalam dan ia menandakan satu peristiwa penting dalam industri pelancongan negeri ini.

”Flydubai merupakan syarikat penerbangan pertama dari UAE yang terbang terus ke Pulau Pinang dan ia juga adalah permulaan era baharu untuk ekonomi kita,” katanya ketika ditemu di sini.

Menurut Hon Wai, Flydubai menawarkan penerbangan terus setiap hari dari Pulau Pinang ke Dubai, dengan persinggahan singkat di Pulau Pinang untuk penerbangan seterusnya ke Langkawi.

“Flydubai menawarkan pilihan perjalanan yang mudah untuk penumpang dari UAE dan ia menghubungkan penumpang dengan rangkaian penerbangan antarabangsa syarikat ini termasuk ke Pulau Pinang.

“Sejak penubuhannya pada Jun 2009, Flydubai telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan perdagangan, pelancongan dan kebudayaan di seluruh rangkaian antarabangsanya yang semakin berkembang.

“Flydubai muncul sebagai syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan penerbangan terus dari Dubai ke destinasi pelancongan popular iaitu Pulau Pinang dan Langkawi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pada tahun ini, pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa kembali semula ke Pulau Pinang dan menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dari pelbagai negara.

“Antara laluan penerbangan yang yang kembali ke Pulau Pinang pada masa ini adalah Guangzhou ke Pulau Pinang, Xiamen ke Pulau Pinang, Doha ke Pulau Pinang dan Bangkok ke Pulau Pinang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI