fbpx

Pemilu 2024 di KJRI Johor Bahru berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA petugas membuat semakan pengundi di Konnsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, Johor hari ini.- Foto BAAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Proses pengundian Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2024 di tempat mengundi Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, di sini, berjalan dengan lancar.

Seawal 7 pagi, pengundi Indonesia sudah mula berbaris menunggu masa untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Pelaksana Pemilu Luar Negara Johor Bahru, Ardiyanshah Syahrom berkata, proses undi awal untuk pemilih berdaftar di Johor Bahru membabitkan seramai 2,684 pengundi.

Katanya, perjalanan bagi kaedah Tempat Undi dibahagi kepada empat sesi bagi mengelakkan kesesakan dan keselamatan proses pengundian kali ini.

Tambahnya, KJRI Johor Bahru turut bertanggungjawab mengendalikan pemilihan menerusi peti undi bergerak membabitkan rakyat Indonesia di empat negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka bermula 5 Februari lalu.

“Pemilihan melalui Kotak Suara Keliling (Drop Box) yang dijalankan di komuniti penempatan warga Indonesia termasuk kilang dan ladang di empat negeri itu setakat kelmarin telah mengumpul 55,000 undi.

“Secara keseluruhan terdapat seramai 119,491 pengundi warga Indonesia yang layak di empat negeri ini dan di Johor adalah paling ramai dengan seramai 90,666 orang,”katanya dalam sidang media di KRJI Johor Bahru, di sini hari ini.

Ardiyanshah berkata, semua pihak termasuk majikan syarikat, kilang dan ladang yang melibatkan pekerja Indonesia juga memberikan kerjasama yang baik.

“Kotak Suara Keliling dari tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang juga akan dibawa ke KRJI bagi tujuan pengiraan undi yang dijalankan 14 Februari ini.

“Pengiraan undi akan serentak bagi Kotak Suara Keliling dan Tempat Undi bermula 1 petang pada 14 Februari depan dalam tempoh 24 jam, dengan bantuan 1,364 Petugas Kelompok Pelaksana PEMILU luar negeri di 85 bilik pengiraan undi,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berterima kasih kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kerjasama dengan pasukan Pemilu di KJRI Johor Bahru bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

“Alhamdulillah kita mendapat kerjasama yang sangat baik dengan pihak polis dan majikan bagi proses pengundian Pemilu 2024 kali ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI