fbpx

APMM Zon Kuala Perlis terima bot pemintas baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menerima bot pemintas baharu pada Majlis Penyerahan Bot di Royal Langkawi Yatch Club pada semalam.

KANGAR – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menerima sebuah bot pemintas baharu  kelas Benteng untuk memperkukuhkan lagi operasi di sempadan perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut akan memberi manfaat dalam operasi Op Benteng yang diaktifkan sejak Mei lalu.

Katanya, pengoperasian itu khususnya melibatkan kawasan sempadan perairan negara yang berhampiran dengan Thailand seperti di perairan Kuala Perlis.

“Bot pemintas kelas Benteng dengan nama Bot Benteng 7 ini berukuran kira-kira 12 meter panjang dan mampu mencapai kelajuan maksimum 45 knot akan ditempatkan di Zon Maritim Kuala Perlis.

“Ia diharap dapat menampung keperluan operasi lebih-lebih lagi di kawasan yang telah dikenal pasti terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan bot  tersebut diadakan antara Asia Slipway Engineering (ASE) dan Maritim Negeri Kedah Dan Perlis di Royal Langkawi Yatch Club di Langkawi dekat sini semalam.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan rakyat tempatan khususnya komuniti maritim supaya terus bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa maritim dan tidak menjadi tali barut kepada penjenayah terutama dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19 dalam negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI