PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di negara ini.
Anwar berkata, beliau berharap agar sambutan pada tahun ini dapat menyemarakkan lagi kasih sayang antara semua kaum.
“Hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang pagi tadi bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan.
“Terima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan atas jemputan.
“Saya kemudiannya, turut memenuhi undangan rumah terbuka Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.
Tambahnya, nilai kebersamaan perlulah dihidupkan kerana itu adalah resam negara yang berukun.
“Selain itu, hiduplah aman damai dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE