fbpx

Piala Asia: Qatar hampiri status pasukan elit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASSAN Al Haydos pasang impian untuk memainkan peranan besar bagi bantu Qatar pertahankan kejuaraan Piala Asia. - AFP

DOHA – Qatar kini hanya dipisahkan satu perlawanan lagi untuk menyertai ‘skuad elit’ Asia seperti Iran, Arab Saudi, Korea Selatan dan Jepun dimana kesemuanya muncul empat pasukan tunggal yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Asia.

Bintang sensasi Qatar, Hassan Al Haydos nekad untuk memainkan peranan besar kepada pasukan pada aksi final bertemu Jordan di Stadium Lusail, malam ini.

“Ramai yang menyangka kami tidak mampu mara ke final namun kami berjaya merealisasikannya. Pemain, jurulatih, pasukan teknikal dan persatuan bersiap sedia untuk berada di kedudukan sekarang.

“Sudah pasti final adalah tugas yang sukar tetapi saya harap kami mampu meraih kemenangan,” katanya.

Untuk rekod, Korea Selatan muncul juara dua kali berturut-turut pada 1956 dan 1960 manakala Iran lakar hatrik ketika memenangi Piala Asia tiga kali berturut-turut dari 1968 hingga 1976.

Seterusnya, Arab Saudi muncul pasukan ketiga yang mampu pertahanan kejuaraan pada edisi 1984 dan 1988 sebelum Jepun melakukannya pada 2000 dan 2004.

“Saya bangga untuk jadi sebahagian daripada skuad ini yang terdiri daripada pemain generasi baharu dan pemain lama yang beraksi pada 2019. Mungkin keterujaannya tidak sama seperti 2019 namun sudah pasti perubahan dilakukan menjadikan perlawanan kali ini bertambah sukar. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI