fbpx

Pemain remaja negara cemerlang di Dhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTRI Natasha (kiri) dan Anessha bersama trofi yang dimenangi pada Kejohanan Golf Amatur Bangladesh 2024.

KUALA LUMPUR – Pemain golf remaja negara, Putri Natasha Ameera Roslee mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi aksi kategori ‘Ladies Champion’ pada Kejohanan Golf Amatur Bangladesh 2024 yang berlangsung di Dhaka.

Seorang lagi pemain, Anessha Eva Velu turut cemerlang apabila membawa pulang gelaran naib juara menerusi kategori ‘Ladies Group’, sekali gus penamat cemerlang buat skuad gold remaja negara.

Presiden Persatuan Golf Remaja Malaysia (MGJA), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berbangga dengan pencapaian dilakar pemain-pemain negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tahniah diucapkan kepada Putri Natasha Ameera Roslee dan Anessha Eva Velu atas pencapaian cemerlang mereka pada Kejohanan Golf Amatur Bangladesh 2024 yang berlangsung di Dhaka.

“Putri Natasha mengukir nama dengan meraih tempat pertama dalam kategori ‘Ladies Champion’ manakala Anessha di kedudukan kedua untuk ‘Ladies Group’,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan penghargaan kepada barisan kejurulatihan yang berjaya memberi tunjuk ajar serta melatih pemain-pemain remaja sehingga menghasilkan aksi cemerlang.

“Terima kasih juga kepada semua tenaga jurulatih serta staf MGJA yang sudah bekerja keras bagi memastikan Malaysia dapat meraih kejayaan, terutamanya dalam kejohanan antarabangsa pertama buat MGJA,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI