fbpx

F1: Ferrari ‘pancing’ orang penting Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WACHE (kanan) merupakan antara individu penting yang menjadi tunjang kejayaan Red Bull sehingga berjaya menarik minat pasukan-pasukan lain - AFP

BOLOGNA – Selepas merekrut juara dunia lapan kali, Lewis Hamilton untuk saingan Formula Satu (F1) 2025, usaha Ferrari bagi melakukan transformasi dalam pasukan nampaknya masih belum berakhir.

Terbaharu, pasukan berpangkalan di Itali itu dikatakan cuba memancing pengarah teknikal Red Bull, Pierre Wache yang dianggap antara individu paling penting bagi mereka bentuk jentera juara dunia berkenaan.

Usaha Ferrari bagi mendapatkan khidmat Wache bukanlah sekadar cakap kosong memandangkan mereka pernah memujuk pengarah prestasi Mercedes, Loic Serra untuk menyertai keluarga Scuderia tahun lalu.

Difahamkan, Serra menjadi orang tengah bagi membantu Ferrari memujuk Hamilton untuk menamatkan kontraknya lebih awal bersama Mercedes biarpun dia sepatutnya kekal sehingga penghujung musim 2025.

Dalam pada itu, Serra juga memiliki hubungan cukup baik bersama Wache dan keadaan tersebut membuatkan spekulasi terus bertiup kencang bahawa jurutera Red Bull itu semakin hampir ke Ferrari.

Sekiranya Wache bersetuju menyertai Ferrari, ia mungkin menjadi tamparan hebat buat pasukan lain, terutamanya Red Bull dan Mercedes yang merupakan pencabar utama takhta kejuaraan dunia F1.

Perkembangan terbaharu itu juga pasti merisaukan Red Bull memandangkan mereka sudah pun berada dalam situasi sukar selepas prinsipal, Christian Horner disiasat atas dakwaan kelakuan kurang sopan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI